Ziarah Madinah

Dengan pakej Umrah kami tawarkan, para jemaah juga turut tidak akan melepaskan peluang sambil beribadah untuk menziarahi dan membuat lawatan yang kami sediakan seperti di:-

Masjid Quba’

Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW. Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah]

Bukit Pemanah di Jabal Uhud

Di sinilah terjadinya Perang Uhud pada Syawal 3 H / Mac 625 M. Tentera Muslim yang awalnya menguasai pertempuran meninggalkan kedudukan strategik mereka di atas bukit. Ini membolehkan angkatan berkuda Quraisy Makkah di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid mengelilingi bukit dan menyerang dari belakang, ‘menewaskan’ orang Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri cedera agak teruk dan turut mengorbankan bapa saudara kesayangan nabi Saiyidina Hamzah bin Abdul Muttalib.

Masjid Tujuh

Terletak di sekitar Masjid al Fath. Di sinilah terjadinya peperangan antara kaum Quraisy dan Yahudi menentang umat Islam. Peperangan ini dinamakan Peperangan Khandak (Parit/Ahzab). Masjid ini merupakan gabungan dari tujuh masjid kecil, yang sebenarnya hanya enam masjid ditambah dengan Masjid Qiblatain yang dikunjungi dalam waktu yang sama sehingga disebut dengan Masjid Tujuh.

Maidan Al-Ahzab

Perang Khandaq (Arab: غزوة الخندق, Ghazwah al-Khandaq, harfiah “pencerobohan parit”) ialah peristiwa pengepungan Madinah selama lebih kurang empat minggu oleh suku-suku dalam kalangan orang Arab dan Yahudi yang bergabung, di mana ia bermula pada 31 Mac 627 M. Kekuatan pihak Gabungan dianggarkan seramai 10,000 orang, diiringi oleh 600 ekor kuda dan sebilangan ekor unta, manakala di pihak Madinah pula terdiri daripada 3,000 orang.

Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain (ertinya: masjid dua kiblat) adalah salah satu masjid terkenal di Madinah. Masjid ini asalnya dikenali dengan nama Masjid Bani Salamah, kerana masjid ini dibangun di atas bekas rumah Bani Salamah. Letaknya di tepi jalan menuju kampus Universiti Madinah berdekatan Istana Raja ke jurusan Wadi Aqiq atau di atas sebuah bukit kecil di utara Harrah Wabrah, Madinah.

Ladang Kurma

Kurma yang paling terkenal ialah kurma Rasulullah SAW iaitu kurma Ajwa’. Benihnya ditanam sendiri oleh baginda SAW. Riwayat Bukhari menyatakan sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa’ pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudharatkannya pada hari itu.

Muzium Madinah

Para jemaah tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Muzium Madinah, Ianya mempunyai pelbagai kisah dan sejarah di sebalik pembinaan dan pembesaran Masjid Nabawi di Kota Madinah. Disamping itu, sejarah Madinah juga menceritakan kisah negara Islam yang diketahui oleh setiap Muslim di dunia khususnya berkaitan dengan sejarah islam, Mekah dan Madinah.

Bukit Magnet

10903818_1539826399598469_1797236676007036662_o

Bukit magnet ini juga merupakan pusat magnet terbesar di dunia, hal ini dapat dibuktikan dari daya magnet terhadap kenderaan. Kenderaan boleh bergerak laju walaupun pedal minyak kenderaan tidak ditekan. Menghairankan! kenderaan boleh meluncur laju dengan kecepatan sehingga mencapai 120 km/jam ketika kenderaan meninggalkan Bukit Magnet. Sebaliknya, kenderaan yang menuju ke Bukit Magnet akan terasa berat kerana terjadi arus tolakan. Semasa berada dikawasan ini, telefon bimbit perlu dimatikan kerana ia gagal berfungsi seperti biasa dan kemungkinan anda akan kehilangan data-data yang terkandung di dalamnya. Selain itu, bacaan kompas akan bercelaru. Biar apapun berlaku, ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT untuk umatnya berfikir, serta merasai kehebatanNya yang tiada tandingannya. SubhanaAllah

Advertisements