Mengenai Kami

Assalamualaikum wbt. Terima kasih kerana melawat laman Massnizam Group Travel & Tours. Kami doakan agar anda sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia disamping keluarga yang tercinta.

Pengenalan

Massnizam Group Travel & Tours merupakan syarikat travel milik Bumiputera Muslim Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pakej Umrah dan Haji di Mekah dengan kelebihan serta pengalaman yang bernilai.
Ditubuhkan oleh Al-fadhil Ustaz Mohd Nizam Bin Noh iaitu merupakan Pengarah Urusan syarikat Massnizam Group Travel & Tours. Beliau juga merupakan bekas graduan Muktah Universiti di Jordan dalam bidang Syariah.

Beliau juga pernah bersama dengan banyak syarikat perlancongan umrah dan berpengalaman membawa Jemaah umrah sejak tahun 1996. Antara travel yang pernah beliau bersama seperti Asmadi Group Travel, Cantumas Travel, Azzuha Group, Al-Irfan Co Travel dan Arraudah Travel. Beliau bersama isterinya Ustazah Massuzah dan beberapa orang rakan telah membangunkan Massnizam Group(hasil gabungan nama beliau bersama isterinya-massnizam) yang menawarkan pakej Umrah dan memastikan keselesaan serta pengalaman yang bernilai kepada bakal jemaah!

Visi

  • Menjadi sebuah syarikat yang progresif dan berdaya saing dalam menjana ekonomi umat islam.

Misi:

  • Menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
  • Memberikan kepuasan kepada pelanggan semasa beribadah dan berziarah.
  • Berkhidmat sambil beramal jariah.

Antara perkhidmatan & Kelebihan kami:

  • Telus dan tiada kos tersembunyi melainkan dinyatakan/dimaklumkan.
  • Keselesaan/kebajikan pelanggan adalah keutamaan kami.
  • Memberi Khidmat kursus serta praktikal Umrah & Haji.
  • Menguruskan pengangkutan dari tempat anda ke LCCT/KLIA.
  • Menguruskan penempahan tiket penerbangan.
  • Bas double decker berhawa dingin dilengkapi bilik air semasa di Mekah & Madinah.
  • Menguruskan dan menyediakan tempat penginapan/hotel.
  • Menyediakan makan-minum sepanjang perjalanan.
  • Menyediakan makanan dan minuman menu Malaysia buffet di Hotel Mekah & Madinah.
  • Makan nasi unta berjemaah.
  • Umrah percuma 3 Kali.
  • Khidmat nasihat agama, ceramah dan tazkirah sepanjang perjalanan/lawatan di Mekah & Madinah.
  • Mutawwif/ petugas dari orang tempatan bukan dari orang negara luar.
  • Jemaah berziarah hampir 19 tempat lawatan di sekitar Mekah dan Madinah. (rujuk senarai ziarah)
  • Mengunjungi Masjid Quba’ setiap hari semasa di Madinah untuk mendapat pahala umrah (hadis nabi).
  • Menyambut sambutan hari lahir jemaah yang lahir pada bulan perjalanan.
  • Berpuasa sunat dan berbuka berjemaah di Masjidil Haram/ Masjid Nabawi.
  • Menguruskan aqiqah, sembelihan serta dam Jemaah.
  • Air Zamzam percuma 5 liter.

Untuk Jemaah yang pergi bersama kami turut akan dihadiahkan cenderahati seperti beg sandang, hand luggage, kain ihram bagi lelaki dan telekung bagi perempuan, dan buku panduan umrah.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih wa jazakumullahu khoiran kathiraa kerana memberi peluang keemasan kepada syarikat kami dalam memberikan perkhidmatan kepada anda. Semoga ibadah Umrah dan Haji kita diterima Allah SWT dan memperolehi ibadah yang mabrur. Amiin.

Hubungi Kami:

Massnizam Group Travel & Tours Sdn Bhd

Lesen: 1123067(X)

No. 30/1 Jalan Niaga,
81900 Kota Tinggi, Johor.
Atau
No B 22, Pusat Bandar,
81930, Bandar Penawar. Johor.
Tel: 013-7227585/ 013-6857373/ 013-7407585, Fax: 07-8226585
Email: massnizam@yahoo.com

774426_523378661016401_372033834_o
Ustaz Nizam bersama isterinya Ustazah Massuzah

 

Advertisements