Ziarah Taif

TAIF merupakan 1 kawasan yang terkenal dengan peristiwa dan kisah sedih mengenai Rasulullah SAW yang berdepan dengan penentangan dan penghinaan ketika berdakwah kepada penduduk kota tersebut. Perjalanan Rasulullah ke kota itu terjadi selepas kewafatan Saidatina Siti Khadijah dan Abu Thalib.

Selain itu, Cuaca yang Dingin juga faktor Taif begitu popular kerana menghasilkan buah-buahan segar seperti anggur, delima buah zaitun, bunga mawar dan madu.

================================================================

Ziarah Taif tidak termasuk dalam pakej yang kami tawarkan, Jadi Ia merupakan sebahagian daripada ziarah tambahan yang kami sediakan kepada sesiapa yang teringin pergi ke sana.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG AKAN DIKUNJUNGI

1. MASJID SIKU NABI

Masjid ini merupakan tempat Rasulullah berlindung ketika melarikan diri ketika dikejar bani Thaqif. Bagaimana Masjid ini mendapat nama Kuk atau Siku? Masjid ini mendapat nama siku disebabkan terdapat kesan lekuk pada batu ketika Rasulullah berteleku dengan siku Baginda disini. 

2.MASJID ABDULLAH BIN ABBAS

Kenapa di namakan masjid ini Abdullah Bin Abbas atau Abdullah Ibn Abbas? Ini disebabkan Abdullah bin Abbas dimakamkan disini. Sejarahnya, Abdullah Bin Abbas telah menjadi pembantu Rasulullah sejak kecil lagi dan sentiasa mengikut kemana sahaja Baginda pergi. Menjadikan ia mendapat berbagai ilmu terus dari Rasulullah. Setelah kewafatan Rasulullah, beliau terus mencari ilmu dari sahabat-sahabat Rasulullah. Beliau merupakan orang yang amat cerdik dan telah meriwayatkan lebih kurang 1600 hadis. Hadis yang dikumpulkan beliau datangnya secara terus dari Rasulullah dan juga dari sahabat-sahabat Rasulullah.

3.KILANG MINYAK WANGI BUNGA ROS

Taif juga terkenal dengan tempat memproses bunga ros. Banyak minyak wangi yang dihasilkan daripada bunga ros dijual di sini.

4.PASAR BUAH

Pasar Buah-Buahan juga antara tempat yang menarik di Kota Taif. Berbagai buah segar yang dijual disini seperti delima, anggur, pisang dan pokok-pokok bunga. Ia seumpama berada di Cameron Highland, Malaysia.

************************************************************************

Anda teringin nak ziarah Kota Taif?🀩🀩🀩🀩🀩🀩🀩🀩

Jom Umrah Bersama MassnizamGroup……..

Macam mana nak pergi????
πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”
Berapa bayarannya?????
πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Jawapannya hanya di MassnizamGroup!!!!!
πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Bayaran:
1 GMC(6 Orang)      : RM 570 Seorang
1 Bas(45 Orang)     : RM 140 Seorang

” Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi “